Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS DOA KESYUKURAN MENYEMARAKKAN SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2024

Isnin, 03 Rabiulakhir 1446H bersamaan 07 Oktober 2024M

Hari Habitat Sedunia disambut pada Hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana tema pada tahun ini ialah “Engaging Youth To Create A Better Urban Future”. Bagi meraikan serta memberkati pembukaan sambutan Hari Habitat Sedunia pada tahun ini, Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran bertempat di Masjid Az-Zakireen, Perumahan Negara Kg. Meragang.

WhatsApp Image 2024-10-07 at 16.26.10_ec382606.jpgWhatsApp Image 2024-10-07 at 16.26.10_5eacd964.jpg 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis Yang Mulia Puan Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.

WhatsApp Image 2024-10-07 at 16.26.10_b9903689.jpg 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah disusuli dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah serta Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam

Attachments